Tuesday, 3 December 2013

PANDUAN MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM


        Bukan susahpun hendak score subjek ini. Subjek Bahasa Melayu umpama bonus untuk kita dapat A. Mungkin leceh sikit sebab bila datang karangan mesti kena fikir ayat – ayat yang gramatis, penggunaan bahasa yang betul, mana subjek dan predikat, peribahasa dan ungkapan menarik. HM bukan orang yang hebat dalam subjek ni, tapi memang senang nak score kalau kita pegang rahsia ni.

        Antara caranya ialah:

1.   Pendahuluan dan penutup yang baik

Andaikata kita tak mampu nak huraikan isi lebih-lebih, fokuskan dekat pendahuluan dan penutup. Buat sebaik mungkin dekat dua perenggan ini sebab bila pemeriksa baca, mereka akan bagi tanggapan yang baik terhadap kita. Bak kata orang ‘biarlah permulaan dan pengakhiran yang baik’.

2.   Selitkan peribahasa

Kita tak perlulah nak menghafal peribahasa semuanya, cukuplah 5-7 peribasa yang umum dan boleh digunakan bagi semua karangan. Cuba bina ayat yang boleh diselitkan peribahasa yang kita tahu. Karangan umum biasanya melibatkan individu, ibubapa, masyarakat dan negara.
Antara peribahasa umum :

·         Melentur buluh biarlah dari rebungnya
·         Bagai aur dengan tebing
·         Mencurah air kedaun keladi
·         Bersatu teguh bercerai roboh
·         Mencegah lebih baik dari mengubati
·         Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
·         Dimana ada kemahuan disitu ada jalan

3.   Gunakan ungkapan menarik dan kosa kata yang meluas

Untuk memantapkan lagi karangan, kita boleh selitkan ungkapan menarik seperti petikan maksud Al – Quran, hadis, ucapan tokoh, kajian saintifik dan fakta statistik.
        Contoh:
·         “jangan dipinta hidup yang mudah, pintalah hati yang tabah”-ulama
·         “kebesaran sesuatu negara bukan diukur daerahnya tetapi sikap masyarakatnya”- JB.Colbert
·         Statistik negara menunjukan kadar jenayah meningkat dari tahun....

Bagi kosa kata meluas pula ialah penggunaan kata yang lebih spesifik, menarik dan boleh juga menggunakan kata pinjaman bahasa asing.contohnya:
·         Bersikap individualistik
·         Drastik
·         Dimonopili
·         Anjakan paradigma
·         Batu lonjatan
·         Fikrah – ideologi
·         Cara meditasi
·         Suhul khatimah

4.   Rangka karangan

Hanya buat rangka karangan yang ringkas untuk menentukan kedudukan isi yang lebih utama. Jangan sampai kita kehabisan masa pada rangka karangan sehingga tidak sempat menulis karangan yang lengkap.

5.   Banyak membaca

Membaca  membantu kita untuk menjana idea – idea yang menarik. Jika malas, baca apa sahaja bahan yang menarik untuk dibaca sekadar mengisi masa terluang. Dengan cara ini kita tak perlu buka buku rujukan ketika hendak menulis karangan.

@

6.   Tonton ASTRO TUTOR TV SPM BAHASA MELAYU

Kaedah ini sangat mudah dan tidak membosankan. karangan dekat channel ini memang hebat, menepati format, ada peribahasa dan ungkapan menarik, kosa kata yang meluas, idea – idea yang menarik dan berkaitan dengan isu semasa.

7.   Jika hendak hasil yang lebih hebat, pergilah tuisyen yang bertauliah

Tuisyen memang membantu, tetapi niat mestilah betul. Jangan sesekali niat pergi tuisyen sebab nak dapatkan soalan spot/ soalan bocor pada saat-saat akhir. Pergi dengan hati yang kosong, ikhlas dan yakin bila pulang ada sesuatu manfaat yang di perolehi. Tak berbaloilah jika kita belajar 2 tahun untuk SPM tapi masih bergantung pada soalan soalan – soalan spot yang belum tentu kesahihannya.


Cara – cara ini memang membantu. Tidak percaya? Cubalah !

1 comment: