Bukan
susahpun hendak score subjek ini.
Subjek Bahasa Melayu umpama bonus untuk kita dapat A. Mungkin leceh sikit sebab
bila datang karangan mesti kena fikir ayat – ayat yang gramatis, penggunaan
bahasa yang betul, mana subjek dan predikat, peribahasa dan ungkapan menarik.
HM bukan orang yang hebat dalam subjek ni, tapi memang senang nak score kalau kita pegang rahsia ni.
1.
Pendahuluan dan penutup yang baik
Andaikata kita tak mampu nak huraikan
isi lebih-lebih, fokuskan dekat pendahuluan dan penutup. Buat sebaik mungkin
dekat dua perenggan ini sebab bila pemeriksa baca, mereka akan bagi tanggapan
yang baik terhadap kita. Bak kata orang ‘biarlah permulaan dan pengakhiran yang
baik’.
2.
Selitkan peribahasa
Kita tak perlulah nak menghafal
peribahasa semuanya, cukuplah 5-7 peribasa yang umum dan boleh digunakan bagi
semua karangan. Cuba bina ayat yang boleh diselitkan peribahasa yang kita tahu.
Karangan umum biasanya melibatkan individu, ibubapa, masyarakat dan negara.
Antara peribahasa umum :
·
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
·
Bagai aur dengan tebing
·
Mencurah air kedaun keladi
·
Bersatu teguh bercerai roboh
·
Mencegah lebih baik dari mengubati
·
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
·
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan
3.
Gunakan ungkapan menarik dan kosa kata yang
meluas
Untuk memantapkan lagi karangan, kita
boleh selitkan ungkapan menarik seperti petikan maksud Al – Quran, hadis,
ucapan tokoh, kajian saintifik dan fakta statistik.
Contoh:
·
“jangan dipinta hidup yang mudah, pintalah
hati yang tabah”-ulama
·
“kebesaran sesuatu negara bukan diukur
daerahnya tetapi sikap masyarakatnya”- JB.Colbert
·
Statistik negara menunjukan kadar jenayah
meningkat dari tahun....
Bagi kosa kata meluas pula
ialah penggunaan kata yang lebih spesifik, menarik dan boleh juga menggunakan
kata pinjaman bahasa asing.contohnya:
·
Bersikap individualistik
·
Drastik
·
Dimonopili
·
Anjakan paradigma
·
Batu lonjatan
·
Fikrah – ideologi
·
Cara meditasi
·
Suhul khatimah
4.
Rangka karangan
Hanya buat rangka karangan yang
ringkas untuk menentukan kedudukan isi yang lebih utama. Jangan sampai kita
kehabisan masa pada rangka karangan sehingga tidak sempat menulis karangan
yang lengkap.
5.
Banyak membaca
Membaca membantu kita untuk menjana idea – idea yang
menarik. Jika malas, baca apa sahaja bahan yang menarik untuk dibaca sekadar
mengisi masa terluang. Dengan cara ini kita tak perlu buka buku rujukan ketika
hendak menulis karangan.
@
6.
Tonton ASTRO TUTOR TV SPM BAHASA MELAYU
Kaedah ini sangat mudah dan tidak
membosankan. karangan dekat channel ini memang hebat, menepati format, ada
peribahasa dan ungkapan menarik, kosa kata yang meluas, idea – idea yang
menarik dan berkaitan dengan isu semasa.
7.
Jika hendak hasil yang lebih hebat,
pergilah tuisyen yang bertauliah
Tuisyen memang membantu, tetapi niat
mestilah betul. Jangan sesekali niat pergi tuisyen sebab nak dapatkan soalan
spot/ soalan bocor pada saat-saat akhir. Pergi dengan hati yang kosong, ikhlas
dan yakin bila pulang ada sesuatu manfaat yang di perolehi. Tak berbaloilah
jika kita belajar 2 tahun untuk SPM tapi masih bergantung pada soalan soalan –
soalan spot yang belum tentu kesahihannya.
Cara – cara ini memang membantu. Tidak percaya? Cubalah
!
Wah,memang best lah panduan ni.
ReplyDelete