Mutahir
ini, masalah salah laku dan disiplin dalam kalangan pelajar semakin hangat
diperkatakan dari sehari ke sehari. Secara umumnya, kita telah mengetahui
kejayaan seseorang bermula daripada sikap peribadi yang dimiliki. Justeru itu,
untuk memiliki sikap yang baik dan disiplin diri yang mantap merupakan tonggak
utama kejayaan pelajar. Perlaksanaan peraturan sekolah kepada para pelajar adalah
salah satu cara mnelahirkan pelajar yang berjaya.
Antara
kepentingan peraturan di sekolah ialah mendidik pelajar supaya berdisiplin.
Mematuhi peraturan bukanlah untuk menyusahkan pelajar tetapi mendidik mereka
supaya peka dengan persekitaran. Sebagai contoh, ketika perhimpunan rasmi
pelajar di didik supaya menghormati majlis yang diadakan dengan menjaga tingkah
laku supaya sentiasa senyap dan memberi tumpuan.
Selain
itu, mematuhi peraturan dapat melahirkan pelajar yang berjaya. Dalam hal ini,
bukan sahaja sekolah malah negara juga turut berbangga kerana dapat membentuk
modal insan kelas pertama yang berkualiti sekaligus dapat menjadi pemagkin
negara pada masa akan datang. Disiplin dalam diri juga merupakan persediaan
pelajar sebelum memasuki alam perkejaan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Akhir
sekali, peraturan yang dilaksanakan dapat melahirkan pelajar yang
bertanggungjawab dalam nengurus masa, menghargai kemudahan pendidikan yang
disediakan serta insan disekeliling mereka. Hal ini dapat mendidik mereka
supaya bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai seorang pelajar. Sebagai
contoh, semua pelajar diminta hadir ke sekolah 5 minit awal sebelum waktu
persekolahan bermula. Ini menunjukkan
bertapa pentingnya pengurusan masa.
Tuntas
bicara, pelaksanaan peraturan sekolah banyak memberi kebaikan kepada pelajar.
Hal ini bukan sahaja memudahkan guru untuk mengajar tetapi memdidik pelajar
supaya memiliki matlamat yang jelas untuk berjaya dan tidak menjadi seperti kapal patah haluanya.
(260 patah
perkataan)